Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sedang membaca blog ini. Tujuan utama kami menulis blog ini adalah untuk berkongsi tentang permainan yang akan kami pilih untuk kursus Jalinan Masyarakat tahun ini. Secara umumnya, program Jalinan Masyarakat (GIG1005) merupakan kursus wajib bagi mahasiswa serta mahasiswi di Universiti Malaya. Program Jalinan Masyarakat ini diadakan untuk menyemai nilai-nilai sosial dan positif dalam diri pelajar. Melalui program ini, kemahiran insaniah, komunikasi serta kerjasama dalam diri pelajar akan dapat dibentuk. Namun begitu, disebabkan oleh wabak Covid-19 yang melanda dunia kini, program Jalinan Masyarakat pada tahun ini akan dilaksanakan secara atas talian atau e-jm dengan tema "Permainan Warisan Budaya" .
.
Comments
Post a Comment