Refleksi Ahli Kumpulan (1)
Refleksi
Ahli Kumpulan
NURUL
IZZAH BALQIS BT MOHAMMAD HAFIZUL (JIB190037)
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Nama saya ialah Nurul Izzah Balqis bt Mohammad Hafizul
dari Jabatan Bahasa, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. No matrik
saya adalah JIB190037. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat
ilahi kerana dengan limpah rahmat dan taufiq-Nya, program Jalinan Masyarakat
sesi 2020 ini masih dapat diteruskan walaupun secara e-JM. Pada awalnya, kursus
Jalinan Masyarakat di bawah pimpinan saudara Afiq ini sepatutnya dijalankan di
Kampung Sungai Haji Dorani, Selanggor, selama 3 hari 2 malam iaitu, pada 17, 18
dan 19 April 2020. Pelbagai usaha dan gerak kerja telah dijalankan bagi
menjayakan program ini. Setiap peserta telah dibahagikan kepada 5 unit iaitu,
unit program dan protokol, unit kebajikan, unit logistik, unit dana dan tajaan
serta unit media dan teknikal. Sebagai ahli kepada unit program dan protokol,
saya dan ahli-ahli yang lain telah diberi amanat untuk merangka dan membuat
susun atur program supaya segalanya berjalan dengan lancar.
Namun begitu, disebabkan wabak covid-19
yang sedang melanda dunia kini, program Jalinan Masyarakat di Kampung Sungai
Haji Dorani terpaksa dibatalkan dan digantikan kepada e-JM. Secara jujurnya,
apabila saya mendapat tahu Jalinan Masyarakat terpaksa digantikan kepada e-JM,
saya berasa agak kecewa dan sedih. Hal ini kerana saya tidak dapat merasa
pengalaman untuk menjalankan aktiviti
bersama dengan penduduk di Kampung Sungai Haji Dorani. Selain itu, saya juga
kecewa kerana segala perancangan dan persiapan yang dilaksanakan sebelum ini
terpaksa dibatalkan. Akan tetapi, saya redha dan percaya segala yang berlaku
hari ini adalah atas kehendak Allah S.W.T dan semestinya ada hikmah
disebaliknya.
Setelah mendapat makluman bahawa Jalinan
Masyarakat digantikan kepada E-JM, setiap unit telah dibahagikan kepada tiga
kumpulan kecil. Setiap kumpulan kecil tersebut telah diarahkan untuk memilih
satu permainan yang bertemakan “Permainan
Warisan Budaya”. Saya dan ahli-ahli
kumpulan saya sebulat suara bersetuju untuk memilih permainan “Marble Run”. Kemudiannya,
kami dikehendaki untuk membina sebuah blog yang akan digunakan sebagai
dokumentasi dan penilaian untuk E-JM. Walaupun
Jalinan Masyarakat kali ini hanya dijalankan di atas talian sahaja, saya sedar
bahawa ukhuwah, kesefahaman dan kerjasama antara semua peserta masih dapat
dibina.
Saya juga berharap agar kursus seperti Jalinan
Masyarakat ini akan terus dikekalkan untuk semester yang akan datang. Hal ini
kerana melalui kursus ini pelajar akan memperoleh pelbagai manfaat dan
pengalaman. Selain itu, saya juga amat bersyukur dan berterima kasih kepada
semua ahli kumpulan saya kerana sentiasa memberikan kerjasama yang baik. Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada majlis tertinggi dan
semua h.o.d dan timbalan h.o.d kerana sentiasa bertungkus-lumus bagi memastikan
kursus Jalinan Masyarakat ini dapat berjalan dengan lancar. Tidak
lupa juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada penyelaras Jalinan
Masyarakat atas sokongan dan dorongan bagi menjayakan e-JM tahun ini. Akhir
kalam, saya tutup dengan serangkap pantun :
Kembali
pulang membawa gangsa,
Kalungan
budi seluas kawah,
Bersatu
hati semua bangsa,
Jalinan Masyarakat tingkatkan ukhuwah.
Comments
Post a Comment