Refleksi Ahli Kumpulan (5)
Refleksi Ahli Kumpulan
SITI NURULHUDA BT MOHD NOH (JIC190042)
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada semester dua
para pelajar terlibat dalam Program Jalinan Masyarakat yang merupakan subjek
wajib universiti yang perlu diambil oleh semua pelajar. Subjek tersebut dijalankan
diluar kampus iaitu perkampungan serta banyak aktiviti dijalankan sepanjang
program tersebut. Saya turut terlibat dalam Unit Program dan Protokal sepanjang
program ini dijalankan. Saya merupakan salah seorang individu yang terpilih di
bawah pimpinan Saudara Afiq. Program ini dirancang untuk dijalankan di Kampung Sungai
Haji Doraman, Selangor.
Dikesempatan ini, saya ingin berkogsi pengalaman saya
sepanjang program tersebut dijalankan. Secara jujurnya, saya amat bersyukur
kerana subjek ini merupakan subjek wajib universiti yang banyak memberi manfaat
pada saya berbanding subjek yang lain. Subjek ini lebih memberi pendedahan pada
gerak kerja untuk menjayakan sesuatu projek dalam pengurusan program. Hal ini,
lebih memberi banyak pengalaman buat kami untuk dipelajari perkara yang tidak
diberi pendedahan di dalam subjek lain yang merupakan fokus pada akademik
semata-mata.
Selain itu, sepanjang gerak kerja usaha untuk
menjayakan program ini sebelum hari yang telah ditetapkan, kami berganding bahu
dalam menjalankan tugas masing-masing yang diberi dalam pembahagian pada unit
kecil. Melalui itu, semangat berpasukan dapat dilihat dalam pembahagian tugas
masing-masing yang telah kami siapkan tanpa rasa terbeban. Semangat kerjasama
amatlah memberi kesan yang positif dalam menjayakan setiap program dilakukan.
Setelah beberapa minggu kemudian kami digemparkan
dengan kes Covid-19 yang sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa. Setelah itu
arahan duduk rumah dan semua aktiviti luar tidak dibenarkan untuk menghapuskan
rangkaian virus itu terus merebak. Dalam masa sama, perkara tersebut tidak
menjadi alasan untuk kami batalkan rancangan yang telah kami sudah separuh
jalan dengan semangat. Kami juga mengambil langkah altenatif baharu untuk
menjayakan program ini walaupon banyak rintangan.
Program ini terus berjalan seperti biasa, iaitu
melalui atas talian. Semua perbincangan, perkongsian idea, tugasan dan gerak
kerja dilakukan secara “online”. Walaupon amat sukar, komited dalam menjalankan
tugas sangat baik semuanya dan memudahkan lagi komunikasi walaupon tidak bersua
muka dengan ahli kumpulan.
Akhir kata, saya berharap agar subjek ini terus
dikekalkan sepanjang zaman. Walaupon satu semester sahaja para pelajar perlu
terlibat iainya memberi banyak pengalaman dan dapat digunapakai sepanjang
zaman. Pelajar perlulah komited dalam menjalankan semua tugasan agar terbinanya
pengalaman yang membolehkan kita semua melangkan ke arah lebih berpengetahuan.
Comments
Post a Comment