Refleksi Ahli Kumpulan (4)
Refleksi Ahli Kumpulan
KHAIRUNNAJIHA BINTI MOHD ZAWADEY (JIA190011)
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera, saya ialah Khairunnajiha Binti Mohd Zawadey daripada
Jabatatan Kesenian Melayu, Fakulti Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Saya merupakan pemegang kad matrik JIA190011/ 172029/1. Saya juga merupakan pelajar
tahun satu semester dua di Universiti Malaya.
Bagi pendapat saya kursus Jalinan
Masyarakat pada kali ini sangat menarik kerana proses pelaksanaanya adalah
sangat berbeza daripada tahun-tahun
sebelumnya. Ini kerana para peserta kursus Jalinan Masyarakat pada kali ini
berpeluang melakukan segala aktiviti di atas talian berikutan negara kita
dilanda Korona Virus (COVID-19). Jujur saya menyatakan saya agak sedih kerana
tidak dapat merasai aktiviti-aktiviti ini secara nyata. Pada awalnya,
peserta-peserta di bawah pimpinan saudara Afiq sepatutnya melaksanakan kursus
Jalinan Masyrakat ini di Kampung Haji Dorani, Selangor selama 3 hari 2 malam
iaitu bermula pada 17,18, dan 19 April 2020. Namun begitu, kerajaan Malaysia
telah bertindak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 March
2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah berlanjutan sehingga
sekarang. Hal ini menyebabkan Majlis Tertinggi di bawah pimpinan saudara Afiq
terpaksa merangka kembali gerak kerja program. Maka bermulah pertukaran Jalinan
Masyarakat kepada e-JM iaitu e-learning Jalinan Masyarakat.
Setelah kami semua dimaklukan bahawa
Jalinan Masyarakat akan dilaksanakan secara atas talian maka kami semua
bertungkus lumus menyiapkan gerak kerja yang baru. Setiap unit dikendaki
mencipta satu aktiviti yang boleh dilaksanakan secara atas talian. Saya
merupakan ahli unit Program & Protokol (P&P). Ketua unit program
Protokol & Protokol iaitu saudari Asifa telah membahagikan ahli-ahli unit
(P&P) kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan kecil tersebut
perlu menghasilkan satu permainan yang bertemakan warisan & budaya.
Disnilah bermulanya kerjasama antara setiap ahli kumpulan dalam menghasilkan
permainan yang terbaik. Saya dan ahli kumpulan mula memikirkan setiap permainan
yang menarik dan mengikut tema yang diberikan. Akhirnya setelah lama berbincang
kami semua bersetuju untuk memilih Marble Run sebagai permainan kami. Saya amat
berpuas hati dengan ahli-ahli kumpulan saya kerana mereka semua sangat memberi
kerjasama yang baik dalam menghasilkan permainan ini. Setelah siap segala
persedian kami diminta untuk mempersembahkan hasil kerja kami dalam kumpulan
sembang atas talian. Alhamdulillah, syukur setiap ahli yang berada dalam
kumpulan tersebut berpuas hati dengan gerak kerja kami.
Akhir kata, kursus Jalinan
Masyarakat ini banyak manfaatnya kepada saya sendiri. Bagi pendapat saya kursus
ini merupakan salah satu landasan untuk saya mmpelajari lebih banyak pengalaman
dan ilmu baru. Disnilah juga saya boleh mendispilin diri saya untuk menyiapkan
segala kerja yang diberikan. Saya juga bersyukur dapat menyertai kursus ini
kerana saya berpeluang untuk menambah rakan-rakan baru. Oleh itu, saya berharap
kursus Jalinan Masyarakat akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang kerana
banyak manfaatnya kepada kita semua yang masih bergelar pelajar.
Comments
Post a Comment