Refleksi Ahli Kumpulan (2)
Refleksi Ahli Kumpulan
Asslamualaikum. Nama saya Noor Arliyana Razma binti
Razali dari Jabatan Bahasa Melayu Profesional, Fakulti Akademi Pengajian
Melayu,Universiti Malaya. Nombor matrik saya JIB190016/ 17204582. Saya
merupakan pelajar tahun satu semester kedua di Universiti Malaya.
Kursus jalinan masyarakat ini agak menarik bagi saya kerana dapat melakukan tugas diluar kawasan bilik kuliah, membuat aktiviti-aktiviti yang menarik bersama masyarakat luar, mengenali tempat-tempat baru dan sebagainya. Pada hari pertama taklimat melibatkan semua pelajar buatkan saya rasa teruja kerana dapat mengetahui apa itu kursus jalinan masyarakat. Saya seronok menghadiri taklimat tersebut kerana banyak maklumat yang saya dapat. Setelah itu, jalinan masyarakat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu dibawah pengarah Afiq dan Hikmah. Saya memilih untuk berada dibawah pengarah Afiq berdasarkan faktor tertentu seperti kawasan, kos dan sebagainya. Namun terdapat sedikit masalah mengenai jumlah pelajar yang terlalu ramai dibawah kumpulan pengarah Afiq dan perlu dipindahkan kepada kumpulan saudari Hikmah. Saya merupakan salah seorang pelajar yang perlu dipindahkan kepada kumpulan pengarah Hikmah. Pada pendapat saya, berada di kumpulan mana-mana tidak menjadi masalah, yang pasti kursus jalinan masyarakat ini dijalankan. Berdasarkan pertimbangan pengarah Afiq, dia mengambil keputusan untuk menyerahkan tugas pemilihan kepada pensyarah. Oleh itu, Alhamdulillah nama saya tidak dicabut untuk dipindahkan dan saya perlu menjalankan kursus ini di Kampung Sungai Haji Dorani, Selangor.
Selama kursus ini dijalankan sudah pasti ada banyak asam garam yang telah saya lalui. Namun, perkara tersebut tidak menjadi penghalang kepada saya untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Sebagai seorang umat islam, jadilah seorang yang ingan tulang dan sentiasa memudahkan urusan orang lain. Apabila kita mudahkanlah urusan orang lain, InshaAllah Allah akan memudahkan urusan dunia dan akhirat kita. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah, pengarah, majlis tertinggi, HOD, dan rakan-rakan seperjuangan kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dari mula kursus jalinan masyarakat ini diadakan sehingga ke penghujungnya. Saya berharap agar segala gerak kerja yang telah dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat untuk diaplikasikan pada masa akan datang. Selain itu, saya juga berharap agar kursus jalinan masyarakat ini diteruskan kerana ia banyak membantu pelajar dalam memperbaiki sikap mereka. Sebagai contoh, berani untuk berhadapan dengan orang ramai, bijak dalam mengatur tugas berkumpulan, berdisiplin dalam menjalankan tugas, dan sebagainya.

Selepas itu, kami diminta untuk mengisi google forms
untuk pemilihan unit. Saya memilih unit program dan protokol dan diterima dalam
unit tersebut. Bermulalah gerak kerja saya dalam unit tersebut. Saya cuba
memberi kerjasama dan tenaga dalam unit program dan protokol sebagai contoh
menghadiri setiap taklimat yang diadakan, menyelesaikan tugasan yang diberi,
cuba memberi idea dan sebagainya. Walaupun saya berasa banyak kekurangan dalam
diri tetapi saya cuba sedaya upaya untuk bagi yang terbaik untuk kursus ini.
Saya juga berasa seronok kerana dapat bekerjasama dengan kawan-kawan yang bukan
satu kos dan mengenali kawan-kawan baru. Tugasan ini berjalan dengan lancar
dari masa ke semasa sehingga negara seluruh negara digemparkan dengan isu
penyakit kritikal iaitu Covid-19 termasuklah Malaysia.
Kursus ini terpaksa dibatalkan untuk membuat
aktiviti di Kampung Sungai Haji Dorani, Selangor bagi menjaga keselamatan diri
setiap pelajar dan juga masyarakat yang terlibat. Perintah kawalan pergerakan (PKP)
dilaksanakan. Saya berasa sedikit kecewa disitu kerana segala tugas yang
dirancang perlu dibatalkan. Namun, kursus ini tetap dijalankan melalui kaedah
penggunaan gajet. Kami perlu mereka satu permainan didalam blog dan saya rasa
cadangan ini agak menarik. Didalam unit program dan protokol, kami dibahagikan
kepada tiga kumpulan dan setiap daripada kumpulan harus menyediakan permainan
yang berbeza. Kumpulan saya memilih untuk membuat permainan marble run dan
permainan ini menjadi lebih menarik dengan penambahan yang dilakukan.
Selama kursus ini dijalankan sudah pasti ada banyak asam garam yang telah saya lalui. Namun, perkara tersebut tidak menjadi penghalang kepada saya untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Sebagai seorang umat islam, jadilah seorang yang ingan tulang dan sentiasa memudahkan urusan orang lain. Apabila kita mudahkanlah urusan orang lain, InshaAllah Allah akan memudahkan urusan dunia dan akhirat kita. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah, pengarah, majlis tertinggi, HOD, dan rakan-rakan seperjuangan kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dari mula kursus jalinan masyarakat ini diadakan sehingga ke penghujungnya. Saya berharap agar segala gerak kerja yang telah dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat untuk diaplikasikan pada masa akan datang. Selain itu, saya juga berharap agar kursus jalinan masyarakat ini diteruskan kerana ia banyak membantu pelajar dalam memperbaiki sikap mereka. Sebagai contoh, berani untuk berhadapan dengan orang ramai, bijak dalam mengatur tugas berkumpulan, berdisiplin dalam menjalankan tugas, dan sebagainya.
Comments
Post a Comment