Proses Penghasilan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada kiriman kali ini, kami akan kongsikan bahan dan hasil produk yang telah siap dibina. Terdapat beberapa bahan dan langkah proses penghasilan permainan Marble Run ini iaitu :
- Bahan : Kotak terpakai/kadbod, gam, pita pelekat, cawan kertas, batang aiskrim, guli dan gunting.
- Proses Penghasilan
- Gunting kotak yang akan digunakan.
Gambar 3 : Kotak
2. Sambung kotak-kotak tersebut menggunakan pita pelekat.
Gambar 4 : Kotak
3. Kemudian, susun batang aiskrim dan cawan kertas di atas kadbod mengikut kreativiti diri. Setelah itu, gamkan batang aiskrim dan cawan kertas tersebut di atas kotak tersebut.
Gambar 5 : Produk yang separuh siap.
Gambar 6: Produk yang separuh siap.
4. Akhir sekali, masukkan soalan-soalan yang berkaitan dengan warisan dan budaya masyarakat Malaysia ke dalam cawan-cawan tersebut. Setelah itu, produk Marble Run telah siap dibina. Berikut adalah hasil produk yang telah siap dibina.
Comments
Post a Comment