Refleksi Ahli Kumpulan (3)
Refleksi Ahli Kumpulan
MUHAMMAD AIMAN BIN ABD AZIZ ( JIB190013)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya ialah Muhammad Aiman Bin Abd Aziz dari Jabatan Bahasa, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. No matrik saya JIB190013. Terlebih dahulu,
saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas nikmat yang telah
diberikan kepada kita semua. Pada semester kedua, saya diberikan peluang untuk
mendaftar subjek Jalinan Masyarakat sebagai subjek wajib universiti. Penglibatan
saya dalam kursus ini memberi banyak manfaat dan impak kepada diri saya
sendiri.
Melalui
kursus ini, saya dapat sebuah pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru. Saya
terpilih untuk menyertai kursus Jalinan Masyarakat di bawah pimpinan Saudara
Afiq. Program Jalinan Masyarakat kumpulan kami merancang untuk mengadakan kursus
tersebut di Kampung Sungai Haji Dorani, Selangor. Saya terpilih untuk berada di
bawah Unit Program & Protokol. Hal ini merupakan salah satu pengalaman yang
baru yang saya dapat. Saya berpeluang untuk belajar pelbagai perkara dalam unit
tersebut di bawah bimbingan Saudari Asifa sebagai Ketua Unit saya. Dalam unit
tersebut, saya berpeluang untuk belajar merangka tentatif program. Dengan
bimbingan ketua unit saya, segala proses untuk merangka tentatif program
berjalan dengan lancar. Saya juga berpeluang untuk merangka segala pengisian
dalam setiap aktiviti yang akan dilakukan.
Di samping itu,
kursus Jalinan Masyarakat mengajarkan saya erti kerjasama dalam satu pasukan. Segala
gerak kerja yang dilakukan teratur dan sistematik. Kami sebagai satu unit
bekerjasama dalam satu pasukan untuk melakukan segala gerak kerja dalam unit
kami. Di sini, saya dapat belajar bekerjasama dalam satu pasukan. Walaupun
tugas yang diberikan agak sukar untuk diselesaikan, namun dengan bantuan ahli
lain, tugas tersebut dapat dijalankan dengan sempurna.
Kursus ini juga dapat mendidik saya untuk sentiasa
cekal dan tabah menghadapi cabaran. Beberapa minggu sebelum program ini
berlangsung, kami semua diberitahu bahawa program ini terpaksa dibatalkan
disebabkan oleh kes COVID-19. Saya amat kecewa ketika pengumuman ini diumumkan
oleh pengarah. Namun begitu, saya redha dan berlapang dada dengan keputusan
yang diambil. Program Jalinan Masyarakat ini diganti dengan e-JM iaitu program
ini dijalankan secara atas talian sahaja. Kami dikehendaki mencipta satu
permainan warisan budaya. Unit kami dibahagi kepada tiga kumpulan. Setelah
kumpulan kami berbincang, kami bersepakat untuk mencipta permainan ‘Marble
Run’. Walaupun terdapat pelbagai kekangan kerana kami hanya dapat
berkomunikasi secara atas talian sahaja, akhirnya permainan dan blog ini dapat
disiapkan.
Banyak perkara yang saya dapat pelajari daripada
program ini walaupun hanya dilakukan secara atas talian. Perkara utama yang
saya dapat pelajari ialah semangat kerjasama dalam kumpulan. Komitmen perlu
diberikan oleh setiap ahli untuk menjayakan sesuatu program. Selain itu, saya
juga dapat mempelajari kemahiran insaniah seperti cara berkomunikasi dengan
orang lain. Saya dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baharu daripada
pelbagai jenis kursus pengajian di Akademi Pengajian Melayu. Saya berharap
program seperti ini dapat diteruskan kerana banyak manfaat dapat diperolehi
daripada program Jalinan Masyarakat.
Comments
Post a Comment