Marble Run dan Warisan Budaya Malaysia
Marble Run dan Warisan Budaya Malaysia
Marble Run merupakan sebuah permainan yang
mampu meningkatkan tahap kecerdasan minda seseorang. Hal ini kerana permainan ini merupakan sebuah permainan yang tergolong dalam "STEM Toys". STEM
Toys ini adalah “Science, Technology, Engineering and Math” dan merupakan
permainan yang menggunakan unsur logik, unsur sains dan teknologi serta unsur
matematik. Marble Run ini bukanlah sesuatu yang baru di negara ini walaupun ia bukan
permainan tradisional di Malaysia. Perkara ini kerana banyak rakyat Malaysia
yang gemar bermain permainan ini.
Secara umumnya, permainan tradisional
merupakan warisan
budaya masyarakat di Malaysia yang tidak ternilai harganya.
Hal ini kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita pada
zaman dahulu yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Contoh
permainan tradisional di Malaysia adalah batu seremban, tarik upih, sepak raga,
tuju selipar, congkak, tent teng dan sebagainya.
Walaupun marble run ini bukanlah permainan
tradisional di Malaysia, warisan dan budaya di Malaysia masih akan
dapat diketahui. Hal ini kerana, melalui permainan Marble Run ini pelbagai
soalan tentang budaya, adat dan tradisi masyarakat berbilang kaum di Malaysia
akan dapat diketahui. Perkara ini kerana, peserta perlu menjawab soalan-soalan yang
diletakkan di dalam cawan kertas di Marble Run tersebut. Situasi ini akan dapat
meningkatkan pengetahuan peserta tentang warisan budaya di Malaysia. Melalui
ini, warisan budaya di negara kita tidak akan luput ditelan zaman.
Comments
Post a Comment