Manual Permainan

Manual Permainan


A. CARA BERMAIN 

1. Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan akan mempunyai 5 orang ahli dan akan diberikan jumlah guli yang sama banyak iaitu, 10 biji guli setiap kumpulan. 

3. Permainan akan dijalankan mengikut giliran kumpulan. Contohnya, bermula dengan kumpulan A, diikuti oleh kumpulan B, kumpulan C, kumpulan D dan seterusnya.

4. Setiap ahli kumpulan akan jatuhkan guli mereka mengikut giliran.

5.Guli yang dijatuhkan itu akan melalui halangan-halangan yang berada di atas kadbod hingga masuk ke dalam cawan-cawan yang ada di penghujung kadbod.

6.Cawan-cawan tersebut akan mempunyai pelbagai soalan tentang budaya dan tradisi masyarakat di  Malaysia. 

7. Setiap cawan tersebut akan mengandungi soalan-soalan yang berbeza seperti cawan 1 adalah mengenai adat perkahwinan kaum Melayu, cawan 2 adalah mengenai pakaian tradisional masyarakat Cina, cawan 3 adalah mengenai makanan tradisional di Borneo dan sebagainya.

8. Kemudian, ahli tersebut perlu menjawab soalan yang terdapat dalam cawan tersebut dalam masa 10 saat. Soalan tersebut akan diambil secara rawak.

9. Kumpulan yang paling banyak jawab soalan betul akan dikira sebagai juara. 

10. Sekiranya jumlah markah sama atau seri dengan pihak lawan maka soalan tambahan akan diberikan.

11. Kumpulan yang dapat jawab dengan tepat dan  pantas akan dikira sebagai pemenang. 


B. OBJEKTIF PERMAINAN

1. Memupuk semangat kerjasama dan bersatu padu dalam kumpulan. 

2. Menambah pengetahuan peserta tentang adat dan tradisi masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. 

Comments